SEMESTA YANG HILANG

Agama - Sejarah - Masa Depan - Alam Semesta
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
Latest topics
» KINTRAL CATRALA
by rejoipan Wed Mar 19, 2014 12:11 am

» Free Download 3gp Abg Ngentot Disekolah
by hanllayto Tue Mar 11, 2014 2:34 am

» Free Download 3gp Abg Ngentot Disekolah
by hanllayto Sat Mar 08, 2014 10:58 pm

» Free Download 3gp Abg Ngentot Disekolah
by hanllayto Fri Mar 07, 2014 11:51 pm

» Multiman PS3 4.11.rar
by wesydor Wed Feb 19, 2014 6:15 pm

» Heavy Fire Shattered Spear Crack Toornet
by wesydor Tue Feb 18, 2014 8:02 pm

» Novel Islamik PANAH SIDI ARAB
by Alexanderwathern Wed Dec 07, 2011 2:33 am

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
by Abelard Mon Aug 01, 2011 5:47 pm

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
by Abigail Mon Jul 25, 2011 12:21 am

» Wangian Hikmah Al-Ghazali (Syarah Ihya' 'Ulumiddin)
by Alexanderwathern Tue Mar 22, 2011 8:03 pm

» Benua Atlantis ditemui di Sepanyol
by misspearl Tue Mar 15, 2011 12:37 am

» Brahma Dan Nabi Ibrahim
by misspearl Sat Mar 12, 2011 11:10 am

» Produk Terkini Aiskrim Susu Ibu
by misspearl Fri Mar 11, 2011 11:24 pm

» Materi yg Hilang Di Alam Semesta Ditemui
by misspearl Fri Mar 11, 2011 8:45 am

» Meneliti Hadis Syarik dalam Sahih Muslim
by Alexanderwathern Thu Mar 10, 2011 12:56 am

Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Top posters
ADMIN (177)
 
Sayembara (108)
 
Alexanderwathern (88)
 
swordmaster (78)
 
misspearl (64)
 
ibuKA (39)
 
ismatai (17)
 
why me (10)
 
efairy (8)
 
indra (7)
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 Melayar Bahtera

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
misspearl
SISTEM SURIA
SISTEM SURIA


Posts : 64
Join date : 2009-06-27

PostSubject: Melayar Bahtera   Fri Jul 10, 2009 10:23 pm

Very interesting

http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4918&start=0
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Sat Jul 11, 2009 9:54 pm

Salam Miss Pearl, jazakallah atas promosinya. sunny
Saya pindahkan semua maklumat ke sini kerana dekat-dekat pilihanraya (Manek Urai) laman TKO kadang-kadang tak boleh dicapai.
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Sat Jul 11, 2009 9:58 pm

Jika ada guru ataupun pengikut Ajaran Layar Bahtera, mohon beri penjelasan kepada persoalan-persoalan di bawah. Terima kasih.



PENGENALAN

Assalamualaikum kepada tuan pengendali blog ‘MANA TUHAN ALLAH’ http://manatuhanallah.wordpress.com/ , semoga tuan beroleh kesejahteraan hendaknya.

Ada pihak yang meminta pandangan kami dari Dakwah Tajdid Segar http://tajdidsebenar.blogspot.com/ @ http://protajdid.blogspot.com/ tentang isi kandungan blog dan ajaran pihak tuan. Mereka mendakwa beberapa maklumat yang ada pada blog kendalian pihak tuan itu mengandungi kekeliruan dan kesalahan. Saya Alexanderwathern http://myalexanderwathern.blogspot.com/ ada berbincang dengan beberapa orang lagi ikhwan Tajdid Segar http://freshersbrotherhood.blogspot.com/ akan hal ini. Setelah meneliti isi kandungan blog tuan, kami mengambil keputusan untuk memanjangkan beberapa persoalan kepada pihak tuan agar diberi penjelasan yang insyaallah akan memadamkan segala kekeliruan. Kurang adil jika kami membuat apa-apa pandangan tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu.

Penjelasan yang baik tentunya akan melancarkan lagi perjalanan dakwah pihak tuan. Melalui penjelasan-penjelasan itu nanti kami dan masyarakat Islam akan membuat pertimbangan sewajarnya tentang kedudukan ajaran pihak tuan itu. Untuk memudahkan urusan, buat sementara ini kami menamakan ajaran pihak tuan itu sebagai ‘AJARAN LAYAR BAHTERA’. Semoga pihak tuan tidak keberatan.

Segala usaha pihak tuan untuk memberi penjelasan, kami dahului dengan penuh rasa kasih sayang.



PERTAMA:
Tentang tulisan pihak tuan yang berbunyi:

TAURAT
Akan berlaku suatu masa dimana barangsiapa di kalangan penduduk dunia yang tidak datang ke Jerusalem (negeri yang aman) untuk mengagungkan Raja iaitu Allah Tuhan Semesta Alam, bagi mereka takkan ada hujan (rahmat).
( Zakariyya: 17 )

“Aku akan datang hampir dengan kamu untuk menghakimi, dan Aku akan segera menjadi saksi terhadap ahli-ahli sihir (pendusta-pendusta), terhadap penzina-penzina (yang mengambil idola selain Allah), terhadap sesiapa yang menindas Pekerja Upahan, Janda serta ‘Anak Yatim dan Pendatang Asing’ pembawa kebenaran dan juga terhadap sesiapa yang tidak takut kepada-Ku”, kata Allah, Tuhan Sekelian Alam.
“Sesungguhnya Aku, Allah, tidak berubah, sebaliknya kamu anak-anak Yaakub (umat zaman akhir) yang tidak memikirkan. Sejak zaman nenek-moyang kamu, kamu telah berpaling dari peraturan-Ku. Kembalilah kepada-Ku, dan Aku akan kembali kepada kamu”, kata Allah, Tuhan Sekelian Alam.
Namun, kamu mengatakan, “Mana ada kami akan dibangkitkan? Mana mungkin seorang lelaki merompak Allah (membawa Zat).”
“Sebenarnya, kamu yang merompak Aku”
Seterusnya, kamu mengatakan, “Bagaimana pula kami telah merompak kamu?”.
“Dalam zakat dan pemberian sedekah. Kamu benar-benar terlaknat kerana kamu merompak Aku, ya kamu seluruh bangsa!”
( Malachi / MALAISE 3 : 5-9 )

“Maka, berjaga-jagalah, hari itu datang, hari yang membakar seperti kawah, dan semua mereka yang keji akan terpaku, lalu hari yang datang itu akan membakar mereka,” kata Allah, Tuhan Sekelian Alam. “Hari itu takkan meninggalkan baik akar mahupun dahan sekalipun”.
“Tetapi bagi kamu yang takut pada nama-Ku, bagimu, akan terbit matahari kebenaran yang ada penawar pada sayapnya. Kamu akan keluar dan melompat seperti anak lembu terlepas dari kandang”
“Kamu akan memijak-mijak orang-orang keji, sesungguhnya mereka akan menjadi abu di bawah telapak kakimu, pada hari yang Aku uruskan”, kata Allah, Tuhan Sekelian Alam.
( Malachi / MALAISE 4 : 1-3 )

http://manatuhanallah.wordpress.com/kiamat-dalam-4-kitab/

KOMEN DARI KAMI:
Pihak tuan menyebut buku Zakaria dan buku Malachi yang berada dalam Bible sebagai TAURAT. Kami fikir pihak tuan sudah tersilap. Sekiranya kami yang tersilap, kami memohon maaf awal-awal.

Bible (Alkitab) terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru). Kitab Perjanjian Lama pula terdiri daripada berpuluh-puluh buku. Daripada puluhan buku dalam Perjanjian Lama itu, yang dipandang sebagai Taurat oleh majoriti umat Yahudi dan Kristian hanyalah 5 BUKU iaitu:

Kejadian, dalam bahasa Latinnya: Genesis, dalam bahasa Ibrani: beresyit (בראשית),
Keluaran, bahasa Latin: Exodus, bahasa Ibrani syemot (שמות),
Imamat, bahasa Latin: Leviticus, bahasa Ibrani wayyikra (ויקרא),
Bilangan, bahasa Latin: Numerii, bahasa Ibrani bemidbar (במדבר) dan
Ulangan, bahasa Latin: Deuteronomium, bahasa Ibrani debarim (דברים).

HANYA 5 BUKU ini saja yang didakwa sebagai TAURAT. Kami belum pernah ketemu seorang sarjana sama ada yang Muslim mahupun bukan mengatakan buku Zakaria dan Malachi sebagai Taurat. Nabi Zakaria hidup sekitar 100 SM sedangkan Taurat dan Nabi Musa bermula sekitar 1300 SM. Taurat dan Nabi Musa sudah wujud lebih kurang 1200 tahun sebelum kelahiran Nabi Zakaria dan kitabnya. Bagaimana pihak tuan boleh mendakwa buku Zakaria sebagai Taurat?

Mohon penjelasan pihak tuan: ...................................................

Kami gagal mencari maklumat tentang zaman Nabi Malachi tetapi dipercayai bukunya ditulis sekitar 400 SM. Dia juga antara nabi-nabi terakhir dalam sejarah Perjanjian Lama. Apa yang penting untuk kita buat masa ini ialah beza masa antara buku Malachi dengan Taurat (dan Nabi Musa) ialah sekitar 900 tahun! Dari mana tuan mendapat pengetahuan kononnya buku Malachi juga Taurat?

Mohon penjelasannya: ...................................................

Saya juga sudah memeriksa 5 versi Alkitab dan 2 versi Bible akan isi kandungan buku Zakaria. Apa yang saya temui, buku Zakaria tamat pada FASAL 14 sahaja. Tidak ada fasal 17!

Kemudian saya mencari dalam seluruh buku Zakaria, barulah ketemu. Sebenarnya ayat yang tuan maksudkan ialah Zakaria 14 : 17.

Jadi untuk bahagian ini, sekadar teguran agar tuan meletakkan nombor fasalnya yang mungkin tuan terlepas pandang.

Wallahualam.



bersambung...
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Sat Jul 11, 2009 9:58 pm

KEDUA:
Tentang tulisan tuan yang berbunyi:

INJIL
Ketika mereka mendengar tentang kebangkitan orang mati (Hari Kiamat), maka ada yang mengejek, dan yang lain berkata: “Lain kali saja kami mendengar engkau berbicara tentang hal itu.”
( 17: 32 )

Tetapi Hari Tuhan (Hari Kiamat) akan tiba seperti pencuri (dalam keadaan manusia lalai). Pada hari itu langit akan lenyap dengan gemuruh yang dahsyat dan unsur-unsur dunia akan hangus dalam nyala api, dan bumi dan segala yang ada di atasnya akan hilang lenyap.
( 3: 10 )

Hal itu diterangkan-Nya dalam semua surat-Nya, apabila ia berbicara tentang perkara-perkara ini. Dalam surat-surat-Nya itu, ada hal-hal yang sukar difahami, sehingga orang-orang yang tidak memahaminya dan yang tidak teguh imannya, memutarbelitkannya menjadi kebinasaan mereka sendiri, sama seperti yang juga mereka buat dengan tulisan-tulisan yang lain.
Tetapi kamu, saudara-saudaraku yang ku kasihi, kamu telah mengetahui hal ini sebelum ia berlaku. Kerana itu waspadalah, supaya kamu jangan terseret ke dalam kesesatan orang-orang yang tak mengawal diri, dan jangan kehilangan peganganmu yang teguh.
( 3: 16-17 )

Tetapi jika engkau sama sekali melupakan Tuhan Allahmu, sebaliknya mengikuti tuhan lain, beribadah dan sujud menyembah kepadanya, aku memperingatkan kepadamu hari ini, bahwa kamu pasti binasa.
Seperti bangsa-bangsa yang terdahulu sebelummu dibinasakan Tuhan, kamupun akan binasa, sebab kamu tidak mau mendengarkan seruan Tuhan Allahmu (manusia ikutan yang menzahirkan Allah).
( 8: 19-20 )
http://manatuhanallah.wordpress.com/kiamat-dalam-4-kitab/

KOMEN:
Kitab Perjanjian Baru (New Testament) mengandungi lebih daripada 20 buah buku. Dalam banyak-banyak buku itu, hanya 4 BUAH buku yang diiktiraf sebagai Gospel ataupun INJIL oleh umat Kristian manakala umat Islam tidak mengiktiraf walau satupun sebagai KITAB SUCI INJIL yang pernah ditulis oleh Nabi Isa. 4 buah buku yang dimaksudkan ialah:

Injil Matius (Gospel of Matthew)
Injil Markus (Gospel of Mark)
Injil Lukas (Gospel of Luke)
Injil Yohanes (Gospel of John)

Tuan hanya menulis “Injil” tetapi tidak menyatakan Injil yang mana satu. Jadi tuan petik ayat daripada Injil yang mana?

Mohon penjelasan tuan: .....................................................

Ataupun adakah tuan memiliki Injil yang asli? Sekiranya ada silalah kongsi dengan kami agar boleh kami menilai kesahannya.

Kemudian, kami sudah menyemak keempat-empat Injil. Hasilnya seperti berikut:

Injil Matius: Fasal 17 hanya berakhir pada ayat 27 (maksudnya tidak ada ayat ke-32)
Injil Markus: Tidak ada Fasal 17 (maksudnya tidak ada fasal 17: 32)
Injil Lukas: Fasal 17: 32 berbunyi “Ingatlah akan isteri Lot!” (ayatnya tidak serupa dengan ayat yang tuan lampirkan)
Injil Yohanes: Fasal 17 berakhir pada ayat 27 (tidak ada ayat ke 32)

Hal ini sangat menghairankan kami. Dari Injil mana tuan mendapatkan FASAL 17 ayat 32 yang berbunyi: “Ketika mereka mendengar tentang kebangkitan orang mati (Hari Kiamat), maka ada yang mengejek, dan yang lain berkata: “Lain kali saja kami mendengar engkau berbicara tentang hal itu.”?

Mohon penjelasannya: .............................................

Sama juga, kami gagal menemui 3: 10, 3: 16-17 dan 8: 19-20 yang tuan dakwa sebagai INJIL itu. Harap tuan jelaskan juga. Terima kasih.




bersambung...
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Sat Jul 11, 2009 9:59 pm

KETIGA:
Tentang tulisan tuan yang berbunyi:

Allah memerintah!
Biarkan bumi bersuka-ria!
Biarkan sebilangan besar pulau bergembira!
Awan dan kegelapan mengelilinginya.
Kebenaran dan keadilan asas kerajaan-Nya.
Api menandakan kehadiran-Nya
Dan membakar musuhnya di segenap sudut.
Nyalaannya menerangi bumi.
Bumi melihat, lalu bergoncang.
Gunung-ganang mencair seperti lilin semasa kedatangan Allah,
semasa kehadiran Raja semesta alam.
Syurga-syurga mengakui kebenaran-Nya.
Semua orang telah melihat kekuasaan-Nya.
Biarkan mereka yang menyanjung tuhan-tuhan yang diada-adakan, menjadi terhina,
Mereka sombong dengan idola-idola mereka.
Sanjunglah Dia, kamu semua adalah Malaikat-Nya!
( Zabur 97: 1-7 )

KOMEN KAMI:
Tentang ayat: “Api MENANDAKAN KEHADIRAN-NYA. Dan membakar musuhnya di segenap sudut.”

Kami mengira ayat dengan maksud sebegitu tidak ada dalam kitab yang didakwa sebagai Zabur itu. Saya sendiri sudah menyemak 6 versi Alkitab dan 6 versi Bible. Berikut ialah temuan saya:

Alkitab Terjemahan Baru - Api menjalar di hadapan-Nya, dan menghanguskan para lawan-Nya sekeliling.
Alkitab Kabar Baik - Api menjalar di hadapan-Nya, menghanguskan musuh di sekeliling-Nya.
Alkitab Firman Allah yang Hidup - Api menjalar di hadapan-Nya dan membakar habis semua musuh-Nya.
Alkitab WBTC TL- Api adalah memancar dari hadapan hadirat-Nya serta menyala-nyalakan segala seteru-Nya berkeliling.
Alkitab Shellabear - apipun berjalanlah di hadapan hadirat-Nya, serta menghanguskan segala seteru-Nya berkeliling.
Alkitab ENDE - Api bergerak madju dihadapanNja, dan melulur lawan2Nja disekitarNja;
Bible in Basic English - Fire goes before him, burning up all those who are against him round about.
MESSAGE BIBLE - Fire blazes out before him, Flaming high up the craggy mountains.
New King Kames Version - A fire goes before Him, And burns up His enemies round about.
PHILIPS BIBLE - A fire goeth before him, and burneth up his enemies on every side.
God Words Translation - Fire spreads ahead of him. It burns his enemies who surround him.
NET BIBLE - Fire goes before him; on every side* it burns up his enemies.

Dari mana tuan memperolehi ayat Alkitab/ Bible yang sebegitu bunyinya?

Mohon penjelasan: .......................................................

Seterusnya tentang ayat “SYURGA-SYURGA mengakui kebenaran-Nya.”

Kami berasa sangsi kerana tidak ada perkataan SYURGA-SYURGA sepanjang pencarian kami. Kami memeriksa 6 Alkitab, semuanya menyebut LANGIT ataupun PETALA LANGIT. Kami meneliti 8 Bible, 6 daripadanya menyebut HEAVENS (langit-langit) manakala bakinya menyebut SKY (angkasa). Dari mana datangnya “SYURGA-SYURGA”?

Mohon penjelasannya: ................................................



KEEMPAT:
Tulisan pihak tuan yang berbunyi:

“Dalam kehidupan manusia di alam ini, sememangnya kita diwajibkan berugama dan memilih agama sebagai pegangan semasa hidup di dunia. Ugama memainkan peranan penting dalam manusia beragama, agar tidak ada satu penindasan untuk seseorang manusia yang memiliki agama. Dalam hal demikian, kita dapat saksikan pelbagai ugama yang wujud di dunia ini, namun ugama yang terbaik adalah agama Islam.”

KOMEN:
Bahagian ini MENGELIRUKAN kerana tidak cukup maklumat. Pendakwah yang baik sepatutnya menulis dengan jelas. Apabila dikatakan “ugama yang terbaik adalah agama Islam”, maksudnya agama-agama lain juga baik, cuma bukan yang terbaik. Kan begitu?

Tidak jelas apakah maksud ‘BAIK’ bagi pihak tuan, sebab itu kami memohon penjelasan. Jika tuan memandang ‘BAIK’ itu dari SUDUT MORAL, mungkin ada benarnya kerana semua agama umumnya mengajar kebaikan. Namun masih TIDAK BENARs juga kerana AGAMA YAHUDI ada mengajar banyak kejahatan dalam kitab-kitab suci mereka terutamanya dalam kitab Talmud. Boleh jadi tuan kekurangan maklumat tentang agama Yahudi. Kami cadangkan supaya pihak tuan membuat sedikit ‘study’ semula.

Jika yang dimaksudkan dengan ‘BAIK’ itu ialah BENAR DI SISI TUHAN, ada 2 pembahagian:

Bahagian pertama:
Jika dimaksud agama lain selain Islam PADA HARI INI sebagai benar, jelas maklumat ini tidak benar kerana agama di sisi Allah pada akhir zaman ini hanyalah agama Islam.

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.” (Ali-‘Imraan : 18)

Nabi Muhammad diutuskan kepada sekalian alam untuk manusia dan juga jin. Untuk akhir zaman ini, BERTUHANKAN ALLAH mestilah dengan BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW. Iblis dilaknat sehingga ke hari akhirat kerana dia menolak syariat pada zamannya iaitu ‘sujud kepada Adam’. Walau setinggi dan sebanyak manapun amalan, hakikat, makrifat, fana dan baqa si Iblis, dia tetap dilaknat kerana menolak syariat.

“(Allah) Berfirman: “Wahai Iblis, mengapa engkau tidak turut bersama-sama mereka (para malaikat) yang bersujud itu?”
“(Iblis) Berkata: “Aku tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat yang kering, daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya.”
“(Allah) Berfirman: “Kalau begitu, keluarlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya mulai sekarang hingga ke masa depan ialah (makhluk) yang diusir.”
“Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat berterusan sehinggalah ke hari kiamat.”
(Al-Hijr : 32-35)

Jadi, agama-agama selain Islam tetap tertolak kerana tidak bersyariatkan syariat Muhammad saw. Umumnya orang beragama Yahudi menyembah Tuhan bukannya menyembah patung, dewa, alam dan lain-lain. Namun begitu agama mereka tetap tertolak kerana tidak mengikut syariat Nabi Muhammad. Menolak syariat Nabi Muhammad samalah seperti menolak/menderhakai Tuhan.

(Dari segi hakikatnya, menolak syariat Muhammad saw samalah seperti menyekutu dan mensyirikkan Allah kerana sudah ada DUA KUASA. Menurut pemahaman hakikat, apabila wujud DUA KUASA, maka automatik mensyirik dan menyekutukan Tuhan. Tuhan kata ikut syariat Muhammad saw, kita kata hendak ikut syariat lain. Maka jelas sudah ada DUA KUASA. Kita sedia maklum apa bentuk hukuman kepada orang yang menyekutu dan mensyirikkan Allah).

Jika dimaksudkannya agama-agama lain juga benar selagi syariat Islam belum sampai kepada penganut agama-agama itu, maka bahagian ini kami mungkin bersetuju.

Oleh kerana tulisan pihak tuan tidak jelas, kami tentunya tidak boleh terus meletakkan hukaman salah. Jadi ia berada dalam bahagian MENGELIRUKAN.

Peringatan untuk kita bersama- Dalam sesuatu ajaran itu, jika ada beberapa perkara yang mengelirukan, biasalah. Kita kena meletakkan sangka baik terlebih dahulu. Tapi jika ada banyak perkara yang mengelirukan, kita sudah boleh meletakkan sangka buruk di depan sedikit daripada sangka baik sebagai langkah berhati-hati.

Jadi, kami mohon budi baik tuan untuk menjelaskan maksud “BAIK” yang tuan tulis itu.

Mohon penjelasan: ...............................................



bersambung...
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Sat Jul 11, 2009 9:59 pm

KELIMA:
Tulisan tuan yang berbunyi:

“Iblis adalah manusia yang ingkar perintah agama (perintah agama adalah perintah Allah).”

KOMEN:
“IBLIS ADALAH MANUSIA”.
Jika tuan memaksudkannya sebagai KIASAN, mungkin kita boleh terima. Tapi jika pihak tuan memaksudkan benar-benar Iblis itu ialah manusia dan bukannya dari kalangan bangsa jin, maka maklumat ini juga tidak benar.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan MANUSIA DARIPADA TANAH LIAT KERING (yang berasal) daripada tanah kental yang diberi berubah warna dan baunya. Dan Kami telah menciptakan jaan (jin) sebelum itu DARIPADA API yang panasnya menyerap ke liang roma.” (Al-Hijr: 26-27)

Jaan ialah jin pertama. Daripada keturunannya lahir satu jin yang sangat besar fitnahnya bernama Iblis. Adam pula ialah manusia pertama. Daripada keturunannya lahir seorang manusia yang sangat besar fitnahnya bernama Dajjal. Kedua-dua makhluk terkutuk ini menjalinkan kerjasama yang begitu erat di akhir zaman ini.

Berdasarkan maksud ayat al-Quran di atas, jelas Jaan diciptakan terlebih dahulu daripada Adam. Iblis (salah satu anak cucu Jaan ini) juga dijadikan SEBELUM KEWUJUDAN ADAM (manusia). Maka bagaimana tuan boleh mengatakan :
“IBLIS ADALAH MANUSIA yang ingkar perintah agama (perintah agama adalah perintah Allah).”

(Jaan hanya ada 1. Iblis juga juga 1. Jin ada banyak. Syaitan juga ada banyak)

Mohon penjelasan tuan: .................................................



KEENAM:
Tulisan tuan yang berbunyi:
“Sebagaimana yang telah diterangkan, Allah datang ke bumi dalam bentuk manusia iaitu Zat-Nya dibawa oleh seorang lelaki yang gelarannya menurut hadis, Al-Mahdi.”

KOMEN:
“ALLAH DATANG KE BUMI DALAM BENTUK MANUSIA...”
Pemahaman begini biasanya ada dalam agama-agama lain ataupun ajaran-ajaran sesat. Tapi kita belum boleh menghukum kerana mestilah dipastikan terlebih dahulu maksud pihak tuan yang tulen.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Allah datang ke bumi dalam bentuk manusia” itu ialah Zat Allah? Jika yang datang itu benar-benar Zat Allah, berapa peratuskan Zat Allah yang datang itu? Jika yang datang itu 100% Allah, mungkin kami bersetuju. Itu pun akan ada perbincangan lanjutan.

Berapa peratuskah Zat Allah dalam bentuk manusia (lelaki) itu?

Mohon penjelasan: ...................................................

Jika yang datang dalam bentuk manusia itu ialah Zat Allah 100%, maksudnya Allah sudah terpengaruh dengan arah, ruang, tempat, masa dan posisi. Padahal Zat Allah suci daripada semua kelemahan itu! Jadi yang datang itu jelaslah bukanlah Allah!

Jika yang datang dalam bentuk manusia itu bukan 100% Allah tetapi SEBAHAGIANnya saja, maka itu juga bukan Allah. Hal ini kerana Zat Allah tidak terpengaruh dengan PEMBAHAGIAN. Dia tidak/ mustahil boleh dipecah-pecahkan atau dipisah-pisahkan.

Dalam ajaran Islam, tidak ada kepercayaan mengatakan “Allah datang ke bumi dalam bentuk manusia”. Dalam ajaran Hindu, ya. Dalam ajaran Kristian lebih ya. Malahan inilah yang menjadi pokok perbezaan terbesar antara agama Islam dengan aliran Kristian majoriti kerana mereka percaya Tuhan datang ke bumi dalam bentuk manusia (iaitu Jesus Christ), iaitu ZatNya yang dibawa oleh seorang lelaki yang menurut gelarannya ialah Messiah iaitu Jesus (Nabi Isa). Islam tidak pernah mengajar bahawa Nabi Muhammad itu ialah Allah/ Tuhan sendiri yang datang dalam bentuk manusia untuk membimbing umat manusia.

Benarkah Allah datang dalam bentuk seorang manusia (sebagaimana Jesus, Krishna)?

Mohon penjelasan: ...........................................



bersambung...
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Sat Jul 11, 2009 10:00 pm

KETUJUH:
Tulisan pihak tuan:

Yang menjadi masalah sekadar pemahaman manusia sahaja tidak bertepatan dengan kehendak sebenar Allah, namun, ini bukanlah alasan untuk perbalahan.
Cuma, bagi agama yang merujuk kepada Zabur(Buddha), Taurat(Hindu) atau Injil(Kristian), mahu tak mahu akhirnya mesti juga merujuk kepada Al-Quran sebagai kitab terakhir yang dibawa oleh Muhammad SAW untuk lebih mudah memahami cerita hujung dunia iaitu proses perjalanan Kiamat.
http://manatuhanallah.wordpress.com/kiamat-dalam-4-kitab/

KOMEN:
Menurut kenyataan ini:
Penganut agama Buddha merujuk kitab Zabur
Penganut agama Hindu merujuk kitab Taurat

Antara kita Taurat dengan kitab Zabur, kitab Taurat datang terlebih dahulu. Kitab Taurat turun kepada Nabi Musa yang zamannya sekitar 1300 SM. Kitab Zabur pula turun kepada Nabi Daud yang zamannya sekitar 1000 SM. Maksudnya, kitab Taurat datang lebih kurang 300 tahun lebih awal daripada kitab Zabur.

Gautama Budhha hidup sekitar 500 SM, iaitu 800 tahun sesudah Taurat dan 500 tahun selepas Zabur. Kitab Taurat dan Zabur dihimpunkan setempat (bersama-sama puluhan kitab nabi-nabi Bani Israil yang lain) oleh kaum Bani Israil yang kita namakan hari ini sebagai Perjanjian Lama. Persoalannya, mengapa hanya kitab Zabur yang sampai kepada penganut agama Buddha? Mengapa kitab-kitab lain tidak sampai sedangkan ia dikumpulkan setempat dan dipelihaa oleh kaum yang sama?

Mohon penjelasan: ....................................

Agama Buddha mempunyai kitab sucinya sendiri iaitu kitab Tripitaka (Tiga Keranjang). Kitab ini pula hanya ditulis dan dibukukan pada zaman Raja Asoka sekitar 200 SM. Sebelum itu semua isi kandungan Tripitaka dihafal oleh para sami. Maksudnya, hanya selepas 300 tahun dari kematian Buddha, barulah penganut Buddha mempunyai kitab suci bertulis. Sebelum itu tidak pernah ada.

(Sekitar 480 SM, hafazan ajaran-ajaran Buddha disemak buat kali pertama oleh 500 orang sami termasuklah Ananda, murid kesayangan Gautama. Persidangan ini berlangsung selama 7 bulan. Semakan kali kedua dibuat 100 tahun selepas itu apabila 700 orang sami bersidang selama 8 bulan. Semakan kali ketiga ialah pada 269 M iaitu zaman Raja Asoka. Selepas itulah baru ajaran-ajaran Buddha dibukukan. Itulah kali pertama penganut agama Budha mempunyai sebuah kitab suci)

Saya pernah membaca (tidak kesemua bahagian) isi kitab Tripitaka ini. Sekadar bacaan saya, tidak nampak pula ia sama dengan kitab (yang didakwa sebagai) Zabur dalam Perjanjian Lama itu.

Adakah pihak tuan mempunyai apa-apa bukti kukuh mengatakan agama Buddha merujuk kitab Zabur?

Mohon penjelasan: ..............................................

“Hindu merujuk Taurat”.

Nabi Musa hidup sekitar 1300 SM, dan kitab Taurat turun kepadanya. Padahal kitab Rig Weda sudah mula disusun sekitar 1500 SM. Sebelum itu, ajaran-ajaran kitab Rig Weda (yang mengandungi banyak puji-pujian kepada Tuhan dan dewa kaum Aryan) dan lain-lain diturunkan secara lisan sudah entah berapa generasi. Dipercayai ajaran kitab Weda dibawa oleh bangsa Aryan ke India Kuno. Bangsa Aryan datang ke India sekitar 2000 SM. Maka sudah tentulah mereka tidak merujuk kitab Taurat memandangkan Taurat datang 700 tahun kemudian. Kitab Rig Weda pula mengandungi mentera-mentera, ia tidak dalam tulisan karangan biasa sebagaimana Taurat. Jelaslah Taurat dan Weda berbeza.

Mohon penjelasan: ...................................................

(Saya lebih cenderung mengatakan kitab Weda banyak merujuk suhuf-suhuf Nabi Ibrahim)

Tambahan- Taurat dibawa oleh Nabi Musa. Zabur dibawa oleh Nabi Daud. Nabi Isa membawa Injil sebagai penggenap kepada Taurat. Ketiga-tiga Taurat, Zabur dan Injil dibawa oleh kaumnya Musa, Daud dan Isa (iaitu keturunan Nabi Ishak). Pemerintah Yunani menganut agama berhala. Sebab itu agama pemerintah Yunani dengan agama keturunan Nabi Yaakub berbeza. Itu juga menjadi salah satu sebab pemerintah Yunani (penyembah berhala dan dewa) memusuhi Nabi Isa dan para hawarinya (pengikut ajaran Taurat dan Injil).

Lihat pula agama pemerintah Yunani (yang berbeza dengan ajaran Taurat itu). Agama Yunani ada banyak persamaan dengan agama Hindu. Bahkan boleh kita katakan agama Hindulah yang mempengaruhi agama Yunani kerana Hindu datang lebih awal. (Tapi tidak mustahil juga kaum sebahagian kaum Aryan yang berhijrah ke India berasal dari wilayah sekitar Yunani. Maksudnya agama Yunani mempengaruhi agama Hindu)

Yunani menyebut HERACLUS yang bermaksud ‘pahlawan’. Hindu menyebut Hara Kala, yang juga bermaksud ‘pahlawan’.
Yunani menyebut NEPTUN yang bermaksud Dewa Air. Hindu pula menyebut NAPATANA yang bermaksud Dewa Banjir.
Ahli matematik dan falsafah Yunani ada yang bernama PHYTAGORAS. Dalam bahasa Sanskrit PITHAGURU bermaksud ‘ahli ilmu’.
Seorang lagi ahli falsafah Yunani bernama ANAXAGORAS. Dalam bahasa Sanskrit ANANGAGURU bermaksud ‘Ahli Roh’.

Jadi lebih tepat jika dikatakan agama Yunani (yang tidak sama dengan ajaran Taurat itu) dipengaruhi oleh agama Hindu (yang tentunya tidak sama juga dengan ajaran Taurat). Dari segi perbahasan ilmu mantik, kita bolehlah buat rumusan mantik begini:

Agama Yunani tidak sama agama Taurat.
Agama Hindu sama dengan agama Yunani.
Maka... agama Hindu juga secara automatik tidak sama dengan agama Taurat.

(Ini bahasan secara mantik, dan bahasan secara mantik bukanlah paling tepat, sekadar untuk memberikan pemahaman tentang idea yang saya bawa saja)

Bagaimana tuan boleh mendakwa agama Hindu merujuk Taurat? Pelik juga kami memikirkannya.

Saya bawa satu lagi rumusan mantik:

Agama Yunani menyembah berhala dan dewa.
Agama Hindu menyembah berhala dan dewa.
Agama Taurat tidak menyembah berhala dan dewa.
Maka... agama Taurat tidak sama dengan agama Hindu dan Yunani.

Kesimpulannya, ajaran Hindu tidak sama dengan ajaran Taurat. Mengapa dikatakan Hindu merujuk Taurat? Apa bukti-bukti pihak tuan boleh berikan untuk mempertahankan bahawa agama Hindu merujuk kitab Taurat?

Mohon penjelasan: ...................................................



bersambung...
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Sat Jul 11, 2009 10:00 pm

KELAPAN:
Tulisan yang berbunyi:

Dari segi istilah sendiri, perkataan ‘mahdi’ berasal dari kata dasar ‘had’ (menamatkan). Jika dirujuk kepada usia dunia, ‘menamatkan’ membawa maksud ‘melaksanakan Hari Kiamat’.
Oleh itu, mahdi membawa pengertian ‘tempat melaksanakan Hari Kiamat.’
Oleh kerana ‘Al’ dalam bahasa Arab digunakan bagi merujuk kepada Allah,
maka Al-Mahdi bermaksud ‘tempat Allah melaksanakan Hari Kiamat.’
Kenapa pula lelaki ini dirujukkan sebagai tempat?
Jawabnya, kerana jasadnya dijadikan sebagai tempat yang diduduki oleh Zat Allah yang melaksanakan Hari Kiamat.
http://manatuhanallah.wordpress.com/di-sebalik-nama-nakhoda-layarbahtera/

KOMEN:
Benarkah perkataan “MAHDI” berasal daripada kata dasar “HAD” (menamatkan) ?
Dari mana sumbernya mengatakan “AL” dalam bahasa Arab merujuk kepada “ALLAH”?

Sefaham kami juga, Allah boleh melaksanakan kiamat tanpa berkehendakkan jasad mana-mana makhluk untuk Dia duduki.

Dengan hanya merujuk kepada USIA DUNIA, tuan mengatakan ‘MENAMATKAN’ itu ialah ‘melaksanakan Hari Kiamat’? Kukuhkah hujah sebegini?

Mula-mula tuan mengatakan ‘MAHDI’ bermaksud ‘menamatkan’. Kemudian jadi ‘TEMPAT menamatkan’ ataupun ‘TEMPAT melakasanakan hari Kiamat’. Persoalan kami, dari mana pula datangnya perkataan ‘TEMPAT’ itu?

Mohon penjelasan: ..........................................



KESEMBILAN:
Tulisan tuan yang berbunyi:

“Kita lihat kembali ayat surah Al-Isra’ yang telah di bincangkan sebelum ini di bawah topik ‘Di sebalik nama LayarBahtera’.
Tuhan kamu yang melayar Bahtera ini supaya kamu mencari kurniaan-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penyayang terhadap kamu.
( Al-Isra’: 66 )

Ayat ini menyatakan bahawa Allah yang melayar bahtera ini. Ini menunjukkan bahawa Allah adalah ‘Nakhoda Bahtera’ yang dimaksudkan.”

KOMEN:
Pada pemahaman kita, dari SEGI HAKIKATNYA, Allah melayar kesemua bahtera di muka bumi ini, bukan bahtera yang tuan maksudkan saja. Bahkan Allahlah yang menerbangkan semua kapal terbang, yang menggerakkan semua kenderaan dan menjalankan semua binatang tunggangan.

Jika pihak tuan mengatakan Allah melayar bahtera yang tuan maksudkan itu, siapa pula yang melayar bahtera-bahtera lain? Bukankah Allah juga?

Jadi kami melihat tidak ada bezanya antara bahtera itu dengan bahtera-bahtera lain kerana kesemuanya dilayar oleh Allah jua. Semuanya bernakhodakan Allah.

Jika “bahtera” itu bermaksud satu-satu ajaran, maka ajaran-ajaran yang lain juga digerakkan oleh Allah. Itu dari SEGI HAKIKATNYA.

Bolehkah pihak tuan buktikan yang bahtera/ ajaran lain tidak digerakkan oleh Allah?

Mohon penjelasan: .........................................



KESEPULUH:
Tulisan tuan yang berbunyi:
“Berikut adalah nama sebenar Nakhoda LayarBahtera:
Mohd Shahjurulazmi bin Mat Desa @ Ismail
Nama ibu- Fatimah bte Yahya”

KOMEN:
Jadi orang inilah yang tuan maksudkan sebagai Allah, iaitu Nakhoda Layar Bahtera?

Persoalan kami- Bagaimana orang ini tahu dirinyalah nakhoda Layar Bahtera itu? Apakah hujah-hujah kukuh yang membuktikan memang dialah Nakhoda Layar Bahtera iaitu Allah?

Mohon penjelasan: ...........................................



bersambung...
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Sat Jul 11, 2009 10:01 pm

KESEBELAS:
Tulisan tuan yang berbunyi:

Berikut adalah nama sebenar Nakhoda LayarBahtera:
Mohd Shahjurulazmi bin Mat Desa @ Ismail
Nama ibu- Fatimah bte Yahya

Secara terperinci, perkataan demi perkataan, nama ini dapat dipecahkan sebagai berikut:
MOHD bermaksud TEMPAT YANG TERPUJI
SHAHJURULAZMI bermaksud RAJA YANG BELAYAR, PILIHAN ALLAH
ISMAIL bermaksud DENGARLAH ALLAH

Keterangan:
‘Tempat Yang Terpuji’ merujuk kepada ‘Jasad manusia yang diduduki oleh Allah’.
‘Raja yang belayar’ pula merujuk kepada ‘Nakhoda Bahtera’.
Oleh itu, nama beliau secara keseluruhannya membawa maksud:
Jasad manusia yang diduduki oleh Allah,
Iaitu Nakhoda Bahtera pilihan-Nya
Maka, dengarlah oleh kamu semua seruan Allah”

KOMEN:
Sefaham kami, “MOHD” bermaksud “yang terpuji”, bukannya “TEMPAT yang terpuji”. Nampaknya pihak tuan bersungguh-sungguh untuk mengaitkan perkataan-perkataan ini dengan ‘TEMPAT’ supaya ‘TEMPAT’ itu boleh pula dikaitkan dengan ‘INDIVIDU TERTENTU’. Seterusnya manusia diajak supaya mengikut individu tersebut. Betulkah?

Mohon penjelasan: ..................................

Pada nama “SHAHJURULAZMI” itu, bahagian mana yang bermaksud “raja” dalam BAHASA ARAB?

Mohon penjelasan: .....................................

Kemudian kami juga ingin minta kepastian tentang maksud nama ISMAIL.
Kita ambil contoh. Nabi Yaakub juga bernama ISRAIL. “Isra” bermaksud “berjalan malam” (sama juga dengan peritiwa Isra’ Nabi Muhammad saw) manakala “il” bermaksud “Tuhan”. “Il” sama sekali tidak bermaksud “Allah”.

Persoalannya, dari mana datangnya “il” diterjemah sebagai “Allah”?
“Il” itu nama jawatan sedangkan “Allah” ialah nama pemegang jawatan “il” itu. Hal ini membuatkan kami tertanya-tanya, mengapa tuan tidak menterjemahkannya secara benar? Mengapa pihak tuan tidak teliti dalam menterjemah?

Mohon penjelasannya: .......................................

Jadi nama “Israil” bermaksud “dijalankan oleh Tuhan pada waktu malam” ataupun “berjalan pada waktu malam kerana Allah” memandangkan dalam penghijrahannya, Nabi Yaakub dan kaumnya (kemudiannya dinamakan kaum Bani Israil) banyak bermusafir pada waktu malam. Ia tidak bermaksud “BERJALANLAH ALLAH” ataupun ‘BERJALANLAH TUHAN”. Betulkan?

Jadi untuk nama “ISMAIL”, ia juga tidak boleh diterjemahkan sebagai ‘DENGARLAH ALLAH” ataupun “DENGARLAH TUHAN”.


KEDUA BELAS:
Tulisan tuan yang berbunyi:

“MAT DESA pula jika dieja dalam ejaan jawi membentuk perkataan MAD DASA (mim, dal, dal, sin) yang membawa maksud menambah ombak besar atau mencetuskan ombak besar.
Ombak atau gelombang jika dirujukkan kepada ilmu sastera, malah dalam Al-Quran sendiri merupakan kiasan kepada ‘ujian’ atau ‘tentangan’ sebagaimana firman-Nya:
Dan apabila mereka dilanda ombak (tentangan atau ujian) yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus . Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang yang tidak setia lagi ingkar.
( Luqman: 32 )

Oleh itu, jika Mat Desa pula yang diguna-pakai, nama Nakhoda LayarBahtera bolehlah diertikan seperti berikut:

Jasad manusia yang diduduki oleh Allah,
Iaitu Nakhoda Bahtera pilihan-Nya
Yang mencetuskan tentangan hebat umat manusia

dan

Jasad manusia yang diduduki oleh Allah,
Iaitu Nakhoda Bahtera pilihan-Nya
Yang menambahkan ujian kepada umat manusia

http://manatuhanallah.wordpress.com/di-sebalik-nama-nakhoda-layarbahtera/”


KOMEN :
Nama “MAT DESA” jika ditulis dalam bahasa Arab mahupun tulisan jawi, “dal” itu mestinya:
Berbaris bawah. Maka bunyinya MAT DISA, bukan MAT DASA. Ataupun...
Berbaris bawah dengan “ya” mati di depan. Maka bunyinya “MAT DIISA”.

Jadi bunyinya mestilah sama ada “MAT DISA” ataupun “MAT DIISA”, tidak mungkin ia menjadi “MAT DASA”!

Apa penjelasan tuan?

..................................................................................

Tafsiran nama Mat Desa oleh pihak tuan itu seolah-olah hendak menunjukkan betapa si Nakhoda Layar Bahtera iaitu Mohd Shahjurulazmi yang jasadnya diduduki Allah adalah benar hinggakan mencetuskan tentang orang ramai dan menjadi ujian kepada manusia. Tapi kami tidak nampak jalannya bagaimana MAT DESA boleh menjadi MAD DASA dalam tulisan jawi.


KETIGA BELAS:
Tulisan tuan yang berbunyi:

Rahman
= berasal dari perkataan ‘ra’a’(nyata), ‘ihmaan’(jasad lelaki yang mengandungi Zat Allah)
= jasad lelaki yang membawa dan menzahirkan Zat Allah.

http://manatuhanallah.wordpress.com/7-petala-langit-7-petala-bumi-definisi/

KOMEN:
Kami tidak pernah menemui asal-usul perkataan “AR-RAHMAAN” yang sebegini.

(Terjemahan sebegini juga rasanya tidak lain ialah untuk mengagungkan Nakhoda Ajaran Layar Bahtera)



bersambung...
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Tue Jul 14, 2009 10:50 pm

KEEMPAT BELAS:
Situasi yang berlaku di Malaysia, munculnya ramai tok guru yang membawa pelbagai ajaran-ajaran yang difatwakan sesat oleh pihak JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Masing-masing golongan sememangnya berpegang teguh dengan kefahaman masing-masing dan amat cekal menghadapi ujian-ujian menelusuri ilmu-ilmu Allah mahupun tohmahan sesat serta pandangan serong masyarakat.

Sebenarnya, bukanlah guru-guru ini membawa ajaran sesat sebagaimana yang digembar-gemburkan. Mereka adalah golongan-golongan yang menerima ilmu istimewa Allah dan diberi perkhabaran atau alamat-alamat tentang kedatangan “Guru Besar” menerusi ilham-ilham, kata-kata mahupun mimpi-mimpi.

Cuma mereka tidak menemui penjelasan atau tidak faham tentang apa yang sebenarnya yang mereka perolehi hingga mencetuskan tindakan yang pelik-pelik.

http://manatuhanallah.wordpress.com/30-dajjal-dajjal-kecil/

KOMEN:
Kami minta jasa baik tuan untuk menyenaraikan ajaran-ajaran yang difatwakan sesat oleh JAKIM tetapi sebenarnya mereka berada di landasan yang benar (menurut pihak tuan).

Mohon senarai: .......................................................
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Tue Jul 14, 2009 10:51 pm

KELIMA BELAS:
Tulisan tuan yang berbunyi:

FAKTA TENTANG SYAM
Negeri Syam jika dirujuk dalam Al-Quran, menceritakan tentang bandar-bandar yang semestinya merujuk kepada kawasan yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan.

Dan di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan BANDAR-BANDAR ( di DAERAH NEGERI SYAM ) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), – Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu) dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman.
( Surah Saba :18 )

Dalam lipatan sejarah, Syam juga terkenal sebagai sebuah kawasan PERNIAGAAN. Kesimpulannya, Syam dalam hadis ini sebenarnya merujuk kepada SINGAPURA kerana negara ini memang terkenal sebagai PUSAT PERNIAGAAN/PERDAGANGAN serta hampir keseluruhan negara ini dipenuhi dengan BANGUNAN-BANGUNAN ( termasuklah flat-flat tempat kediaman penduduknya ).

KOMEN:
Syam tuan dikaitkan dengan Singapura hanya kerana 2 kebetulan iaitu:
Ia pusat perdagangan
Ia ada banyak bangunan

Jika sekadar dua persamaan ini, hujah tuan ini tidak nampak kekukuhannya. Jadi susahlah untuk kami dan orang lain menerima pandangan tuan. Banyak bandar lain yang punya kaitan sama. Contohnya Pulau Pinang, Hong Kong, Bangkok dan lain-lain. Saya fikir tuan perlulah menyenaraikan lebih banyak kaitan antara Syam dengan Singapura, hinggakan para pembaca memang akan terus terfikir Singapura saja selepas membaca penerangan tuan, bukannya bandar-bandar lain.

bersambung...
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Tue Jul 14, 2009 10:51 pm

KEENAM BELAS:
Tulisan tuan yang berbunyi:

FAKTA TENTANG IRAQ
Iraq diistilahkan sebagai “land with deep roots” atau “tanah yang mempunyai akar-akar yang dalam” .
Istilah “akar yang dalam” jika dikaitkan dengan gunung, ianya merujuk kepada gunung berapi ( gunung yang mempunyai akar yang dalam ).

Iraq pula terkenal dengan sejarahnya sebagai pusat ilmu jika merujuk kepada bandar-bandar ilmu seperti Kufah, Basrah dan Baghdad suatu masa dahulu.

Kesimpulannya, Iraq dalam hadis ini merujuk kepada sebuah kawasan yang mempunyai banyak GUNUNG BERAPI dan menjadi PUSAT ILMU. Yang dimaksudkan tentulah PULAU SUMATERA, Indonesia yang mempunyai banyak GUNUNG BERAPI serta merupakan PUSAT ILMU ( menerusi pengajian di pesantren-pesantren ).
Jika diperhatikan, WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR memang letaknya antara SINGAPURA dan PULAU SUMATERA.
Kebetulan? Fikir-fikirlah.
.….Maka tidakkah kamu mahu berfikir? ( Al-Mu’minun: 80 )

http://manatuhanallah.wordpress.com/fitnah-dajjal-atau-salahfaham-terhadap-dajjal/

KOMEN:
Tuan mengaitkan Iraq dengan Sumatera kerana:
Banyak gunung berapi
Jadi pusat ilmu

Kaitan yang tuan cuba lakukan ini juga tidak kukuh. Pulau Jawa pun banyak gunung berapi. Malahan pusat pengajian pesantren adalah lebih banyak di Pulau Jawa berbanding Sumatera.

Betul ke Wilayah Pembangunan Iskandar terletak DI ANTARA Singapura dan Sumatera? Mari kita sama-sama periksa kedudukan Wilayah Pembangunan Iskandar di
http://www.jpbdjohor.gov.my/pautan_info/WPI.html

Mengapa tuan mengatakan wilayah itu terletak di ANTARA Singapura dengan Sumatera sedangkan jelas ia terletak di utara Singapura iaitu di Johor?

bersambung...
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Tue Jul 14, 2009 10:51 pm

KETUJUH BELAS:
Sekadar bertanya, apakah maklumat di bawah ada kaitan dengan pihak tuan dan Ajaran Layar Bahtera? Maklumat yang dimaksudkan ialah:

Petang semalam saya di kunjungi oleh dua keluarga yang mana mereka ada masalah yang perlu di sampaikan pada saya dan minta saya rahsiakan kehadiran mereka dan nama mereka kerana takut.

Ok cerita apa masalah ....

“Akak kerja sebagai xxxxx, anak xxxxx duduk di xxxx xxxxx. Kawan akak ni pun masalah yang sama .....tapi dia tinggal Taman xxxxx... Masalah kami sama - suami terlibat dengan ajaran sesat...sesat sesat dah lama sangat, dah tahan tengok perangai dia.”

“Sembahyang tak nak.... main suruh niat sahaja. Anak anak tak peduli ...jarang jarang balik rumah. Kalau di tegur siap la kena pukul anak pun jadi mangsa, saya dah kerap kena pukul . Suami saya bukan ustaz tapi kawan kawan dia panggil ustaz. Dari mana dia dapat gelaran ustaz entah la ...Ust az apa sembahyang suruh niat sahaja ..Belanja dapur tak pernah dia bagi ....”

“Ini buku yang suami suruh saya baca . Lagi satu, mereka ni campur lelaki perempuan sebab akak pernah pergi tempat mereka berjumpa.”

Cerita akak berdua ni panjang malas saya nak taip. Buku ni tebal 20 muka surat akak tu bagi kat saya. Muka depan ada tulis LAYARBAHTERA @ PERINGATAN TERAKHIR....HARI KIAMAT .... Kes akak ni akan saya rujuk jabatan agama, sebelum ni akak ni pernah mengadu jabatan agama tapi tiada tindakan .

http://xxxxx.blogspot.com/2009/05/ajaran-sesat.html

Mohon penjelasan pihak tuan: ........................................

bersambung...
Back to top Go down
misspearl
SISTEM SURIA
SISTEM SURIA


Posts : 64
Join date : 2009-06-27

PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Fri Jul 17, 2009 6:21 pm

Cian kat akak-akak tu ye
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Melayar Bahtera   Today at 12:49 pm

Back to top Go down
 
Melayar Bahtera
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SEMESTA YANG HILANG :: AGAMA- :: VIRUS-VIRUS DALAMAN-
Jump to: