SEMESTA YANG HILANG

Agama - Sejarah - Masa Depan - Alam Semesta
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
Latest topics
» KINTRAL CATRALA
by rejoipan Wed Mar 19, 2014 12:11 am

» Free Download 3gp Abg Ngentot Disekolah
by hanllayto Tue Mar 11, 2014 2:34 am

» Free Download 3gp Abg Ngentot Disekolah
by hanllayto Sat Mar 08, 2014 10:58 pm

» Free Download 3gp Abg Ngentot Disekolah
by hanllayto Fri Mar 07, 2014 11:51 pm

» Multiman PS3 4.11.rar
by wesydor Wed Feb 19, 2014 6:15 pm

» Heavy Fire Shattered Spear Crack Toornet
by wesydor Tue Feb 18, 2014 8:02 pm

» Novel Islamik PANAH SIDI ARAB
by Alexanderwathern Wed Dec 07, 2011 2:33 am

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
by Abelard Mon Aug 01, 2011 5:47 pm

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
by Abigail Mon Jul 25, 2011 12:21 am

» Wangian Hikmah Al-Ghazali (Syarah Ihya' 'Ulumiddin)
by Alexanderwathern Tue Mar 22, 2011 8:03 pm

» Benua Atlantis ditemui di Sepanyol
by misspearl Tue Mar 15, 2011 12:37 am

» Brahma Dan Nabi Ibrahim
by misspearl Sat Mar 12, 2011 11:10 am

» Produk Terkini Aiskrim Susu Ibu
by misspearl Fri Mar 11, 2011 11:24 pm

» Materi yg Hilang Di Alam Semesta Ditemui
by misspearl Fri Mar 11, 2011 8:45 am

» Meneliti Hadis Syarik dalam Sahih Muslim
by Alexanderwathern Thu Mar 10, 2011 12:56 am

Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Top posters
ADMIN (177)
 
Sayembara (108)
 
Alexanderwathern (88)
 
swordmaster (78)
 
misspearl (64)
 
ibuKA (39)
 
ismatai (17)
 
why me (10)
 
efairy (8)
 
indra (7)
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 Empayar Srivijaya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ADMIN
Admin
Admin


Posts : 177
Join date : 2009-06-24
Location : The Lost Universe

PostSubject: Empayar Srivijaya   Sat Jun 27, 2009 6:41 pm

Latar Belakang

Srivijaya ialah sebuah kerajaan Malaya yang berpusat di Palembang, Sumatera. Kerajaan ini diasaskan pada akhir kurun ke-7. Ia mula muncul sebagai empayar selepas kejatuhan Kerajaan Funan (Segenting Kra) pada abad ke-7 Masihi. Pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di Pantai Timur Sumatera, Selatan Palembang dan Jambi. Ia diasaskan oleh Dapunta Hyang pada tahun 683 Masihi. Srivijaya berada pada puncak kekuasaannya di antara kurun ke-8 hingga kurun ke-11. Pada zaman kegemilangannya, ia telah berjaya menakluk kerajaan-kerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama di Gugusan Kepulauan Melayu. Antara kerajaan-kerajaan yang pernah ditakluk oleh Empayar Srivijaya ialah Kerajaan Ligor di Selatan Thai yang ditawan pada 775 Masihi, Semenanjung Melayu termasuk Kerajaan Kedah Tua, bahagian Timur Sumatera termasuk Jambi, Jawa Barat dan Borneo Barat. Seperti empayar lain, Empayar Srivijaya mempunyai beberapa ciri yang menunjukkan ia adalah sebuah empayar.
Back to top Go down
http://lostuniverse.iowoi.org
ADMIN
Admin
Admin


Posts : 177
Join date : 2009-06-24
Location : The Lost Universe

PostSubject: Re: Empayar Srivijaya   Sat Jun 27, 2009 6:41 pm

Ciri-ciri

Laksanakan Dasar Perluasan Kuasa dan Wilayah

Srivijaya melaksanakan dasar perluasan kuasa dan wilayah untuk memperluaskan kuasa dan pengaruh serta menambah lagi sumber ekonomi. Empayar Srivijaya sangat luas. Jajahannya terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo dan Ligor. Srivijaya dinamakan sebagai Tuan Kawasan Selat kerana berjaya menguasai kawasan selat. Srivijaya mempunyai kuasa thalasokrasi yang kuat. Jadi, ia menguasai daerah-daerah berhampiran melalui peperangan. Srivijaya telah meluaskan kuasanya ke Selatan Sumatera dan Barat Jawa untuk menguasai Selat Sunda. Tujuan Srivijaya menguasai Selat Sunda adalah demi pelabuhan. Kemudian, Srivijaya telah berjaya menawan Kerajaan Melayu-Jambi dan Kedah di Semenanjung Tanah Melayu. Seterusnya, Srivijaya menguasai kawasan lain seperti Banga, Tulang Bawang, Minanga, Tarimanaga dan Langkasuka untuk menguasai Selat Melaka. Menerusi perluasan kuasa ini, Srivijaya telah menguasai perdagangan di Asia Tenggara. Selain itu, Srivijaya adakan hubungan diplomatik dengan China (992 Masihi). Tujuan Srivijaya berbuat demikian adalah untuk mendapatkan perlindungan dan menjalin hubungan antarabangsa. Srivijaya dapat berkembang pesat dan kuat adalah kerana ia menguasai dan mengawal pintu masuk ke Selat Melaka, pelabuhan menjadi tempat persinggahan bagi kapal dari Timur dan Barat. Srivijaya juga mempunyai kekayaan barang dagangan dan angkatan laut yang kuat. Zaman keagungan Srivijaya adalah semasa menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Segenting Kra di Thai. Kesannya adalah menjejaskan kepentingan Kerajaan Chola di India. Pada tahun 1023-1024, Kerajaan Chola menyerang Srivijaya.



Kedudukan Ekonomi yang Kukuh

Srivijaya mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh. Kegiatan perdagangan merupakan aktiviti ekonomi yang terpenting. Dengan penguasaannya terhadap laluan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda, Srivijaya memperolehi sumber perdagangan dan pendapatan yang lumayan kerana laluan ini merupakan jalan perdagangan antarabangsa yang terpenting. Srivijaya menjadi pelabuhan entreport dan juga menjadi tumpuan pedagang dari China, India dan Arab. Dengan itu, Srivijaya dapat mengutip hasil cukai daripada pedagang-pedagang itu. Selain itu, sumber ekonomi Srivijaya juga datang dari penerimaan ufti. Srivijaya yang wujud sebagai sebuah empayar yang kuat telah menerima ufti daripada negeri jajahan dan negeri naungannya. Di samping itu, Srivijaya juga menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman di Sumatera dan Tanah Melayu yang menjadi tanah jajahannya. Hasil utama Srivijaya adalah damar kayu gharu, cendana, gading gajah, getah perca, ubat-ubatan dan rempah-ratus.



Pemerintah yang Cekap

Empayar Srivijaya diasaskan pada tahun 683 Masihi oleh Raja Dapunta Hyang. Bawah pemerintahan Raja Dapunta Hyang, Srivijaya mempunyai angkatan laut yang sangat kuat dan besar sehingga dapat menyerang dan menguasai Kerajaan Kedah Tua di Tanah Melayu yang ketika itu meningkat maju sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara dan Kerajaan Melayu-Jambi.



Mempunyai Angkatan Tentera yang Kuat

Kerajaan Srivijaya mempunyai angkatan tentera yang kuat. Penemuan batu bersurat yang bertarikh 682 Masihi di Kedukan Bukit yang menceritakan bahawa Kerajaan Srivijaya pada masa itu mempunyai angkatan tentera sebanyak 20,000 orang. Keadaan semulajadi yang strategik telah menambah keutuhan benteng pertahanan Srivijaya. Kerajaan ini menggunakan taktik peperangan untuk memperluaskan kuasanya. Sebagai contoh, Srivijaya telah menakluki Jawa untuk menguasai Selat Sunda yang menjadi laluan perdagangan rempah yang utama. Selain itu, Srivijaya dapat menguasai kerajaan-kerajaan kecil kerana kekuatan tentera dan kebolehan raja-rajanya. Pentadbiran tentera adalah diketuai oleh panglima yang bergelar Pratisava. Beliau bertanggungjawab membina pasukan tentera dan mengadakan latihan yang berkaitan.



Sistem Pentadbiran yang Kemas

Pusat pemerintahan Kerajaan Srivijaya terletak di kawasan antara Palembang dengan Jambi di Sumatera. Terdapat tiga bahagian pentadbiran di Srivijaya iaitu pentadbiran diraja tertumpu kepada hal-ehwal raja, bidang kehakiman dan mengutip cukai. Kedua ialah pentadbiran ketenteraan yang diketuai oleh seorang panglima (pratisara) yang menguruskan hal ketenteraan. Bahagian ketiga adalah terdiri daripada pentadbiran daerah yang diketuai oleh ketua wilayah atau Datu yang bertanggungjawab atas hal-ehwal tanah dan kebajikan serta kesetiaan rakyat.

http://www.geocities.com/cominglucky/srivijaya.htm
Back to top Go down
http://lostuniverse.iowoi.org
 
Empayar Srivijaya
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SEMESTA YANG HILANG :: SEJARAH :: SEJARAH SEMENANJUNG EMAS & NUSANTARA-
Jump to: