SEMESTA YANG HILANG

Agama - Sejarah - Masa Depan - Alam Semesta
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
Latest topics
» KINTRAL CATRALA
by rejoipan Wed Mar 19, 2014 12:11 am

» Free Download 3gp Abg Ngentot Disekolah
by hanllayto Tue Mar 11, 2014 2:34 am

» Free Download 3gp Abg Ngentot Disekolah
by hanllayto Sat Mar 08, 2014 10:58 pm

» Free Download 3gp Abg Ngentot Disekolah
by hanllayto Fri Mar 07, 2014 11:51 pm

» Multiman PS3 4.11.rar
by wesydor Wed Feb 19, 2014 6:15 pm

» Heavy Fire Shattered Spear Crack Toornet
by wesydor Tue Feb 18, 2014 8:02 pm

» Novel Islamik PANAH SIDI ARAB
by Alexanderwathern Wed Dec 07, 2011 2:33 am

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
by Abelard Mon Aug 01, 2011 5:47 pm

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
by Abigail Mon Jul 25, 2011 12:21 am

» Wangian Hikmah Al-Ghazali (Syarah Ihya' 'Ulumiddin)
by Alexanderwathern Tue Mar 22, 2011 8:03 pm

» Benua Atlantis ditemui di Sepanyol
by misspearl Tue Mar 15, 2011 12:37 am

» Brahma Dan Nabi Ibrahim
by misspearl Sat Mar 12, 2011 11:10 am

» Produk Terkini Aiskrim Susu Ibu
by misspearl Fri Mar 11, 2011 11:24 pm

» Materi yg Hilang Di Alam Semesta Ditemui
by misspearl Fri Mar 11, 2011 8:45 am

» Meneliti Hadis Syarik dalam Sahih Muslim
by Alexanderwathern Thu Mar 10, 2011 12:56 am

Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Top posters
ADMIN (177)
 
Sayembara (108)
 
Alexanderwathern (88)
 
swordmaster (78)
 
misspearl (64)
 
ibuKA (39)
 
ismatai (17)
 
why me (10)
 
efairy (8)
 
indra (7)
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 Mengenali Jeet Kune Do

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ADMIN
Admin
Admin


Posts : 177
Join date : 2009-06-24
Location : The Lost Universe

PostSubject: Mengenali Jeet Kune Do   Fri Jun 26, 2009 1:18 am

Jeet Kune Do (bahasa Cina: 截拳道; pinyin: Jiéquándào, Bahasa Kantonis: Jitkyùndou; harfiahnya "Kaedah Tumbukan Pemintas Sekat"), juga Jeet Kun Do atau JKD, ialah satu sistem dan falsafah seni bela diri yang dimajukan oleh bintang seni bela diri Bruce Lee.[1]

Pada tahun 2004, Yayasan Bruce Lee memutuskan agar memakai nama penuh Jun Fan Jeet Kune Do (振藩截拳道) sebagai nama penuh sistem seni bela diri yang diasaskan oleh Lee. "Jun Fan" ialah nama asal Lee, maka erti harfiahnya menjadi "Kaedah Tumbukan Pemintas Sekat Bruce Lee."

Falsafah Lee

Jeet Kune Do (JKD) ialah nama yang diberikan oleh Bruce Lee sistem dan falsafah waja dirinya pada tahun 1967. Mula-mulanya, ketika Lee mula mengkaji pelbagai gaya berlawan, beliau memberi nama seni bela dirinya Jun Fan Gung Fu. Namun, beliau tidak hendak mencipta gaya baru yang menanggung segala kepincangan yang dialami gaya-gaya lain, maka beliau memberikan proses penciptaannya kepada kita.

Kata Bruce Lee:

Saya tidak mencipta "gaya baru," komposit, ubah suai atau apa-apa sahaja yang berbeza bentuknya dari cara "ini" atau cara "itu". Sebaliknya, saya berharap agar para pengikut saya bebas dari berpaut pada gaya, corak, atau acuan tertnentu. Diingatkan bahasa Jeet Kune Do sekadar nama sahaja, cermin untuk melihat "diri kita"… Jeet Kune Do bukan insititusi pertubuhan yang berahli. Sama ada anda faham atau tidak, itu sahaja. Tiada apa-apa yang misteri mengenai gaya saya. Gaya saya mudah, menerus dan bukan klasik. Yang luar biasanya adalah betapa ringkasnya. Setiap gerakan dalam Jeet Kune-Do sekadar gerakan itu sendiri, tiada apa-apa yang dibuat-buat. Saya sentiasa percaya bahawa cara yang mudah ialah cara yang betul. Jeet Kune Do sekadar luahan perasan seseorang secara langsung dengan sekurang-kurang gerakan dan tenaga yang boleh. Semakin rapat dengan cara Kung Fu yang benar, semakin kurangnya pembaziran luahan. Akhir sekali, seorang pengamal Jeet Kune Do yang berkata Jeet Kune Do sekadar ilmu Jeet Kune Do sahaja tidak benar-benar mengamalnya. Dia masih kuat menutup dirinya, iaitu berpaut pada corak reaksionis, dan sendirinya masih terikat pada corak diubah suai yang lain dan maka itu boleh boleh bergerak dalam lingkungan batasannya. Dia belum menghayati kenyataan yang mudah bahawa kebenaran wujud di luar segala acuan; corak dan kesedaran itu tiada bezanya. Sekali lagi ingin saya mengingatkan anda bahawa Jeet Kune Do sekadar nama yang dipakai, sebuah perahu untuk ke seberang, setibanya di seberang perlu dilupuskan dan bukannya dipikul lagi.

– Bruce Lee[2]
Back to top Go down
http://lostuniverse.iowoi.org
ADMIN
Admin
Admin


Posts : 177
Join date : 2009-06-24
Location : The Lost Universe

PostSubject: Re: Mengenali Jeet Kune Do   Fri Jun 26, 2009 1:18 am

Falsafah Jeet Kune Do moden

JKD masih wujud sehingga hari ini – itupun dari pandangan bahawa seni ini "diperhalus" menjadi hasil, bukannya proses seperti yang ditinggalkan Bruce Lee sewaktu meninggal. JKD ialah hasil proses pembangunan seni bela diri sepanjang hayat yang dilalui beliau. Lee pernah berkata konsepnya bukan "menambah" benda demi benda atas satu sama lain untuk membentuk suatu sistem, sebaliknya menapisnya. Metafora yang dipetik Lee dari ajaran Zen ialah sentiasa mengisi cawan dengan air, kemudian mengosongkannya, digunakan untuk menghuraikan falsafah beliau yang berbunyi "membuang apa yang tidak berguna". Beliau juga beralatkan pemikiran pengarca yang bermula dengan seketul tanah liat, kemudian menakik-nakik yang "tidak perlu"; hasil akhirnya yang dianggap beliau sebagai akar umbi pertempuran atau JKD.

Konsep teras JKD berasal dari seni Wing Chun (seperti pengawalan garis tengah, tumbukan mencancang, penjeratan, dan tekanan ke hadapan). Melalui kajiannya, Lee menerapkan kebendaliran dirian sukan tinju dan lawan pedang Barat. Lee menyatakan bahawa jurus-jurus tersebut membolehkannya "beralir" daripada tersekat dalam dirian. Contohnya, tidak perlu bergerak kaki untuk mencari posisi tempur terbaik apabila menentang lawan, Lee sebaliknya menggunakan "masukan" beralir yang tidak memerlukan "penghubung" dari Wing Chun. Lee hendak mencipta seni bela diri yang bebas tanpa batasan. Tidak lama kemudian, ketika memajukan Jeet Kune Do, beliau mengembangkan tanggapan ini serta menyertakan seni memajukan diri, bukan sahaja menjadi pejuang lebih gagah. Untuk menggambarkan pandangan Lee, dalam satu rencana dalam majalah Black Belt Magazine keluaran tahun 1971, Lee berkata "Sekali lagi hendak difahami bahawa saya TIDAK mereka jurus baru, komposit atau ubahsuai. Saya tidak pernah sesekali pun menjadikan Jeet Kune Do sebagai bentuk berbeza sekali yang mematuhi hukum-hukum yang membezakannya dari gaya 'ini' atau cara 'itu'. Sebaliknya, saya berharap agar dapat membebeaskan saudara-saudara saya dari ikatan pada gaya, corak atau doktrin tertentu."

Salah satu teori JKD menerangkan seseorang pejuang wajar melakukan apa sahaja yang perlu untuk mempertahankan diri, tidak mengira dari mana asalnya tekniknya. Salah satu matlamat yang ditetapkan Lee dalam Jeet Kune Do ialah membahagikan apa yang disifatkannya sebagai batasan dalam latihan gaya-gaya tradisional, serta mencari tesis pertempuran yang dipercayainya hanya boleh ditemui dalam realiti pertarungan. Jeet Kune Do kini dilihat sebagai asal usul bentuk seni bela diri campuran zaman sekarang.

Jeet Kune Do bukan sahaja penyokong penggabungan aspek-aspek pelbagai gaya, bahkan juga boleh mengubah kebanyakan aspek itu yang diserapnya agar selaras dengan keupayaan pengamal. Tambahan pula, JKD membenarkan mana-mana pengamal mentafsir teknik-teknik dengan pemahaman tersendiri, serta mengubahnya untuk tujuan tersendiri. Contohnya, Lee selalu mengasak tangan yang lebih kuat ke hadapan, sementara tangan lemah pula ke belakang, dalam dirian inilah beliau menggunakan unsur-unsur tinju, lawan pedang dan Wing Chun. Seperti berlawan pedang, beliau menamakan posisi ini "On Guard". Lee menerapkan posisi ini ke dalam JKD kerana berasa posisi ini memberikan mobiliti terbaik secara keseluruhannya. Lee berpendapat bahawa tangan yang lebih kuat harus diasak ke hadapan kerana tangan itu penguasa utama dalam pertarungan. Lee mengurangkan penglibatan dirian-dirian lain melainkan sekiranya amat diperlukan. Walaupun posisi On-Guard itu tidak dinafikan kehandalannya, namun bukan satu-satunya posisi yang ada. Lee mengakui adakalanya posisi-posisi lain perlu digunakan.

Lee berpendapat bahawa sifat dinamik JKD inilah yang membolehkan para pengamalnya menyesuaikan diri kepada perubahan-perubahan dalam pertarungan sebenar. Lee percaya bahawa langkah-langkah ini harus dilakukan dalam konteks "perlawanan sebenar". Beliau percaya bahawa dalam keadaan ini sahajalah seseorang boleh menganggap tekniknya boleh diterima.

Bruce Lee tidak menekankan penghafalan bentuk latihan persendirian atau "Kata", seperti yang dilakukan kebanyakan gaya tradisional dalam latihan peringkat permulaan. Lee sering menyamakan latihan tanpa rakan dengan cuba belajar berenang atas tanah kering. Lee percaya bahawa pertarungan sebenar adalah hidup-hidup dan dinamik. Dalam pertarungan selalu dialami perubahan keadaan dari milisaat ke milisaat, oleh itu corak dan teknik yang diatur lebih awal tidak memadai ketika menangani perubahan yang sebegitu deras. Sebagai anekdot bagi pemahaman ini, Lee pernah sekali menulis serangkap epitaf yang berbunyi: 'In memory of a once fluid man, crammed and distorted by the classical mess.' (Mengenang seorang yang pernah gemalai, disesakkan dan diputar-belitkan oleh kucar-kacir klasik ini.) "Kucar-kacir klasik" inilah yang dipandang oleh Lee terhadap seni bela diri klasik.

Ulasan-ulasan dan kaedah-kaedah Bruce Lee tidak terlepas dari kontroversi sejak sewaktu zamannya sampai hari ini. Kebanyakan guru dari fahaman-fahaman tradisional tidak sependapat dengan pandangan beliau mengenai isu-isu ini.

Tanggapan latihan rentas dalam Jeet Kune Do serupa dengan amalan seni bela diri campuran zaman sekarang - Bruce Lee dianggap oleh presiden UFC Dana White sebagai "bapa seni bela diri campuran"[1]. Ramai yang menganggap Jeet Kune Do itu akar umbi MMA kerana sifatnya yang sinkretik, khususnya apabila membincangkan "jenis-jenis pertempuran" dalam JKD. Seorang pelatih JKD dikehendaki mempelajari pelbagai sistem pertarungan dalam setiap jenis pertempuran, sekaligus mengamalkan kesemuanya dengan berkesan, seperti dalam seni bela diri campuran.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jeet_Kune_Do
Back to top Go down
http://lostuniverse.iowoi.org
sifusoh
DI BUMI
DI BUMI


Posts : 3
Join date : 2009-06-28
Age : 40
Location : Sempadan Perak Selangor

PostSubject: Re: Mengenali Jeet Kune Do   Sun Jun 28, 2009 1:26 pm

Uuuuuu....wachaaaaaaa....!!! tongue
Back to top Go down
Sayembara
LANGIT PERTAMA
LANGIT PERTAMA


Posts : 108
Join date : 2009-06-25
Location : Alam Makhluk

PostSubject: Re: Mengenali Jeet Kune Do   Thu Oct 01, 2009 11:16 pm

Errr apasal Bruce Lee botak? What a Face
Back to top Go down
http://lostuniverse.blogspot.com/
swordmaster
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI


Posts : 78
Join date : 2009-07-11

PostSubject: Re: Mengenali Jeet Kune Do   Fri Oct 02, 2009 10:52 pm

Muka pun naik membiru makan mee maggi wahaha Suspect
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Mengenali Jeet Kune Do   Today at 2:12 pm

Back to top Go down
 
Mengenali Jeet Kune Do
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SEMESTA YANG HILANG :: RUANG ILMU :: SENI TEMPUR, BELADIRI & IKHTIAR HIDUP-
Jump to: